Lawatan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 24-27 September lepas. perserta terdiri daripada 14 orang murid dan 12 orang guru.
Semua peserta bertolak dari sekolah pada jam 11.00 pagi ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. jam 2.00 petang semua peserta sampai dan berkumpul di KLIA untuk meneruskan perjalanan ke Melaka.
Melaka : Bermalam di Kg. Morten, pada malam tersebut peserta di bawa melawat Rever Cruise dengan menaiki bot khas pelancongan. pada keesokan hari lawatan dan rombongan ke Menara Tanjung sari, melawat Kota A' Farmosa, Muzium kapal dan Bazaar membeli belah.
sebelah petang rombongan meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dan telah bermalam di Wisma Belia Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur : Pada pagi rabu peserta rombongan dibawa ke KLCC dan Petrosains. Lawatan di kedua tempat ini banyak memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang keindahan senibina KLCC dan keindahannya. disini juga peserta didedahkan dengan teknologi petrolium dan sains galian. sebelah petang peserta dibawa ke Jalan Tengku Abd Rahman untuk membeli cenderamata, barangan keperluan dan sebagainya dan selepas itu peserta kembali ke tempat penginapan.
Keesokannya, peserta dibawa menaiki LRT menuju ke menara Kuala Lumpur sebelum bertolak ke KLIA dbagi menaiki pesawa balik ke Langkawi jam 6.25 petang. Jam 7.30 malam tiba di lapangan terbang Langkawi, kemudian murid di bawa ke sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Gambar File :
No comments:
Post a Comment