PROGRAM PENGHAYATAN RAMADAN DAN PATRIOTISME 2012

15 OGOS 2012 / 26 RAMADAN 1433H : sempena menyambut hari raya yang bakal tiba dan disusuli dengan hari kemerdekaan 55 yang akan datang. SKK telah mengadakan program khusus bagi memupuk semangat patriotisme sempena hari kemerdekaan ke-55 dan cara menyambut hari raya yang betul dan disarankan dalam islam. Murid didedahkan tentang penghayatan dan keistimewaan ramadan dan juga semangat cintakan negara. Beberapa aktiviti telah disusun atur dan melibatkan semua murid dan guru skk. 

           Diantara aktiviti adalah seperti ceramah akhir ramadan serta sambutan hari raya, persembahan murid, pertandingan nyayian lagu patriotisme, kad ucapan, melukis dan lain-lain. Aktiviti yang diaturkan telah dilangsungkan di tapak perhimpunan dan juga kelas masing-masing.




Gambar file :






























s2m

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN 2012


14 OGOS 2012 / 25 RAMADAN 1433 : Sempena bulan ramadan al-mubarak 2012, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis tadarus al-Quran khusus untuk murid tahun enam setiap hari pada waktu rehat sepanjang ramadan. Pihak panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti tadarus ini, semoga kita semua mendapat ganjaran setimpal dengan usaha dan ikhtiar yang kita lakukan untuk mengimarahkan bulan ramadan yang berkat ini.

           Hari ini telah berlangsungnya majlis tadarus al-quran kali terakhir dalam bulan ramadan 2012 di sekolah, kemudian disusuli dengan majlis khatam al-quran yang telah dipimpin oleh guru Pendidikan Islam. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam, semoga program tadarus ini akan diteruskan lagi pada bulan ramadan yang akan datang. Selamat berpuasa dan beramal soleh pada beberapa hari berbaki dalam bulan ramadan tahun ini dan panitia Pendidikan Islam mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidulfitri dan Maaf Zahir Batin " untuk semua warga SKK yang disayangi... Semoga Allah Memberkati dan merahmati kita semua...Amin..


Gambar file.

Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran












Majlis Khatam AL-Quran 






by s2m

BENGKEL MATEMATIK TAHUN ENAM 2012

8 Ogos 2012 - PPD Langkawi telah menghantar seorang Guru Cemerlang Matematik SK Penghulu Ahmad, iaitu Pn.Lim untuk membantu murid-murid SKK dalam pembelajaran Matematik. Fokus program ini ialah untuk meningkatkan peratus pencapaian mata pelajaran Matematik UPSR 2012. Sasaran program ini ialah murid-murid Tahun 6A dan 6I seramai 40 orang.