KEM BINA JUARA (j-QAF) PPD LANGKAWI 2012


TARIKH  : 11 OKTOBER 2012

HARI        : KHAMIS

MASA      : 8.00am - 5.00pm

TEMPAT  : MASJID AL-HANA, LAnGKAWI.

Kem Bina Juara telah berlangsung selama sehari dan melibatkan semua sekolah kebangsaan di langkawi. Setiap sekolah di minta menghantar seramai 7 orang murid cemerlang dalam jawi, al-quran dan bahasa arab.

Murid yang terlibat telah didedahkan dengan perbagai kemahiran mengikut kategori jawi (penulisan khat), al-quran (tarannum) dan bahasa arab (perbualan). Disamping itu, pertandingan diantara peserta juga telah diadakan. Peserta yang paling cemerlang mengikut kategori dipilih dan akan mewakili PPD langkawi untuk pertandingan di peringkat negeri.

SK kelibang telah menghantar seramai 6 orang dan 2 murid telah berjaya mendapat johan dan terpilih  mewakili PPD langkawi dalam pertandingan Hiwar Bahasa Arab (Nur Ain Fara Diba bt Osman/ 5 jujur) dan Tulisan jawi/khat (Husna bt Shafie/ 5Amanah)\. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan khususnya kepada peserta yang telah berjaya dengan cemerlang dan akan mewakili PPD langkawi ke peringkat negeri yang akan diadakan nanti.

Unit Pen. Islam dan j-QAF skk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Gambar File :
























bys2m

No comments:

Post a Comment