1 MURID 1 SUKAN (1M1S) & SUKANEKA SKK 2012


TARIKH   : 01 & 04 NOVEMBER 2012

HARI        : KHAMIS & AHAD

MASA      : 8.00am - 10.15pm

TEMPAT  : SEKITAR SKK.



Beberapa aktiviti telah diatur seperti pertandingan bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan sukaneka. Pertandingan dibuat berdasarkan rumah sukan. Setiap rumah sukan diwajibkan untuk memilih murid dan membentuk pasukan bagi setiap pertandingan yang diadakan. Murid yang dipilih hanya boleh melibatkan diri hanya satu sukan sahaja secara dasarnya. Bagi rumah sukan yang kekurangan ahli berdasarkan jentina  di beri kelonggaran untuk membenarkan murid menyertai lebih dari satu permainan.  

Gambar File :

























bys2m

Majlis Khatam Al-Quran Pendidikan Islam dan J-QAF PPD langkawi 2012


TARIKH   : 22 OKTOBER 2012

HARI        : ISNIN

MASA       : 2.00pm - 5.00pm

TEMPAT   : MASJID KUALA TRIANG, LANGKAWI.

Majlis khatam al-quran semua sekolah kebangsaan di langkawi telah berlangsung di masjid kampung Kuala Triang. Majlis ini dianjurkan oleh unit Pendidikan Islam dan j-QAF PPD langkawi. Setiap sekolah telah menghantar seramai 15 orang murid yang telah khatam al-quran sebagai peserta. Majlis bermula selepas zohor dan telah berakhir selepas solat asar dan jamuan.

Majlis perasmian penutup oleh timbalan PPD  En. Khalid b. Ali. Pihak SKK mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar sekitar majlis :


















bys2m

Bolarotan.com : MBR (Masyarakat Bola Rotan) Turun gelanggang di SK Kelibang

22 Oktober 2012 : Pemilik laman web bolarotan.com telah turun di Sk Kelibang dalam siri jelajah MBR ke sekolah-sekolah yang aktif dalam sukan sepaktakraw. Siri jelajah ini bertujuan mengesan bakat-bakat baru dan memberikan tips dan teknik yang betul kepada murid-murid yang berbakat dalam sepaktakraw. Murid juga didedahkan dengan teknik latihan yang betul dan berkesan. Rakaman latihan tersebut telah dimuatkan di laman web bolarotan.com. website ini adalah diantara yang paling aktif dalam menyalurkan maklumat dan berita yang terkini berkaitan arena sukan sepaktakraw tanah air. Sila klik disini untuk melihat video latihan yang telah berlangsung di Sk Kelibang. 











Saksikan MBR Turun Gelanggang Siri 1

LAWATAN MUHIBBAH SK TAMAN TASIK JAYA, NEGERI SEMBILAN KE SK KELIBANG

Sk Kelibang telah menerima rombongan dari SK Taman Tasik Jaya dari Negeri Sembilan pada 6 Oktober 2012. Sempena lawatan ini, pihak sekolah telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring. Sk kelibang telah berjaya menundukkan sk Taman Jaya dengan jaringan 2-1, manakala bola jaring pula Sk Taman Jaya membenam Sk Kelibang dengan jaringan 25- 12.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sk Taman Tasik Jaya kerana sudi bertandang ke Sk Kelibang.

Gambar File :























bys2m