AKTIVITI PRA SEKOLAH SK KELIBANG 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : Lawatan sambil belajar Pra Sekolah ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa dan Pulau Beras Basah. Lawatan ini telah disertai oleh murid Pra dan juga waris.

Gambar Catatan :











GRADUASI PRA SEKOLAH SKK 2011 : Murid pra sekolah telah diraikan dalam satu majlis graduasi khas murid Pra daerah Langkawi sebagai simbolik tamat pengajian untuk tahun 2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tahniah kepada PPD langkawi kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya.

Gambar Catatan :










PEMERIKSAAN GIGI PRA SEKOLAH : Pemeriksaan gigi untuk murid pra oleh klinik kesihatan Kuah. Pemeriksaan gigi murid di lakukan secara berkala dan adalah aktiviti tahunan untuk semua murid di sekolah rendah. Murid telah didedahkan dengan berbagai cara dan teknik yang betul dalam penjagaan gigi. Murid telah di ajar secara teori dan praktikal bagi memahirkan murid melakukan kaedah yang betul semasa membersihkan mulut dan gigi mereka.

Gambar Catatan :






SAMBUTAN HARI LAHIR : Setiap tiga bulan pra sekolah akan mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk semua murid pra. Murid yang hari jadi mereka dalam jangka masa tiga bulan tersebut akan dikumpul dan majlis sambutan hari lahir akan dibuat serentak.

Gambar Catatan :


PRA SSK 2011









No comments:

Post a Comment