JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 / MAJLIS PERPISAHAN PKKO

10/11/2011 : Jamuan ini telah berlansung di Hotel Grand Continental sebagai acara tahunan sekolah dan juga sempena majlis perpisahan Pn. Hanani bt Ali (PKko 2009-2011). Beberapa hadiah dan cenderahati dari pihak sekolah dan murid telah disampaikan kepada Pn. hanani yang telah berpindah ke negeri Perak. Majlis ini juga adalah bertujuan meraikan semua guru yang telah banyak memberi sumbangan sepanjang tahun 2011 ini.

Terima kasih kepada semua AJK majlis jamuan dan Kelab Kebajikan Guru yang telah bertukus lumus merangcang dan menguruskan supaya majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.. Semoga berjumpa lagi di tahun 2012...

Gambar Catatan :


by street2mat

1 comment: