HARI ANUGERAH CEMERLANG KE-43 SK KELIBANG TAHUN 2011.

14/11/2011 : Hari Anugerah Cemerlang ini telah dirasmikan oleh En. Marzuki Daud (Timb. PPD Langkawi). Dewan Enggan 2 Hotel Grand Continental menjadi tempat ibu bapa, waris dan warga SKK berkumpul bagi meraikan murid-murid yang cemerlang samada dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum untuk tahun 2011 ini. Pengiktirafan  juga telah diberi kepada waris dan mereka yang banyak menyumbang jasa kepada pihak sekolah dalam berbagai perkara, terutamanya membantu guru meningkatkan prestasi murid dalam aktiviti kurikuilum dan juga ko-kurikulum.

Penyampaian hadiah dan anugerah telah disempurnakan oleh NYDP PIBG En. Anuar b. Che Ahmad, pihak pentadbir sekolah dan kemuncak penyampaian anugerah-anugerah khas, disampaikna oleh Timb. PPD. Daerah Langkawi En. Marzuki B. Hj Daud. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang ke-43 SKK 2011, JPN Kedah, PPD Langkawi, Masjid Nur Al-Hidayah, Pejabat Zakat Langkawi, Waris-waris, Pengerusi dan AJK PIBG, Guru-guru serta orang perseorangan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan semua aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum demi kejayaan anak-anak SK Kelibang sepanjang tahun 2011.




by Mus/street2mat

No comments:

Post a Comment