TAKLIMAT ICT PENULISAN DI DALAM BLOG

19/10/2011 : Satu taklimat tentang penulisan blog telah diadakan kepada semua guru SKK. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada semua guru dan memberi pendedahan cara menggunakan blog  sebagai tempat untuk saluran maklumat serta catatan peristiwa bagi program-program yang telah diadakan oleh warga SKK.

Guru besar menggalakkan kepada semua guru untuk mencatatkan maklumat setiap program di catatkan di dalam blog. Selain sebagai diari untuk sekolah, ibu bapa juga dapat mengetahui tentang program yang diadakan di SKK. Penggunaan blog juga dapat menjadi satu medium sumber maklumat kepada keluarga murid-murid SKK.

Makluman kepada semua guru, setiap maklumat dan informasi yang berguna dan bermunafaat dari semua sumber digalakkan untuk dipaparkan di dalam blog ini. Contohnya maklumat daripada PPD, JPM, KPM, sumber internet dan sebagainya.

Dengan itu, di harapkan semua guru dapat mengambil peluang untuk memaparkan maklumat masing-masing untuk di hebahkan kepada warga SKK dan juga keluarga murid dengan menggunakan blog sekolah yang telah disediakan ini.

Sekian, terima kasih..


by street2mat

No comments:

Post a Comment