Alhamdulillah,pujia-pujian selamanya milik AllahSWT. Kita dah memasuki hari yang ke-20 ramadan, bermakna kita telah menempuh dua fasa dalam bulan ramadan ini iaitu fasa rahmah dan maghfirah. Insya Allah,jika dipanjangkan usia kita akan menempuh pula fasa terakhir dalam bulan ramadan ini iaitu fasa Itqun minannar.
Detik inilah yang merupakan intipati keseluruhan Ramadhan kerana pada akhirnya matlamat setiap kita sebagai hambaNya adalah untuk menyelamatkan diri dari dahsyatnya azab api neraka dan seterusnya memasuki syurga Allah melalui pintu Rayyan yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa
Sepuluh hari terakhir ramadan juga merupakan hari-hari getir buat seorang hamba yang menginginkan redho tuhannya. Golongan muqarabin meninggalkan tempat tidur mereka dan mengantikan dengan iktikaf di masjid. Demi mencari satu malam yang terlebih baik dari beribadah selama 80 tahun. Mereka berpegang teguh kepada sabda Nabi junjungan yang mafhumnya "Bersungguh-sungguhlah kamu mencari malam qadar,pada sepuluh malam terakhir ramadan".
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami mengatasi godaan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada dunia yang sementara ini. Allahummarzuqna lailatulqadri"....Ya Allah kurniakan kami bertemu malam qadar..Ya Allah bersempena malam yang penuh berkat ini,kau jadilah kami dikalangan orang-orang yang kau makbulkan doanya dan janganlah kau jadikan kami dikalangan orang yang rugi dan kau tolak doa mereka. amin..
sekadar menginsafi diri sendiri
....ummu solehah
20ramadan1432H
No comments:
Post a Comment