MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SKK ( TN. HJ. DIN B IBRAHIM )



Pada sebelah pagi 19 julai 2011, telah berlansungnya majlis khas untuk mantan guru besar bersama semua guru dan murid SKK. Majlis ini diadakan khas untuk Tn. Hj. Din yang telah ditukarkan ke SK Kuala Teriang pada awal bulan jun yang lepas. Dalam majlis ini mantan guru besar telah memberi ucapan khas untuk semua warga SKK. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKK yang telah bersama-sama membantu beliau dalam pentadbirannya disini dan juga menjayakan program-program yang telah di rangka sepanjang dua tahun beliau disini. namun begitu beliau juga meluahkan isihatinya yang keberatan untuk bertukar dari sekolah ini disebabkan perancangan yang dirangka beliau bersama penolong-penolong kanan belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. namun begitu, beliau mmengharapkan program-program yang dirangka dapat diteruskan dengan jayanya oleh pengganti beliau dan mengharapkan akan berlaku penambahbaikan untuk kecemerlangan SKK. Beliau juga memohon maaf diatas segala tindak tanduk beliau yang menyebabkan warga SKK mungkin tidak berpuas hati semasa beliau mentadbir di sekolah ini. segala teguran dibuat harap dapat diterima dan beliau tidak langsung berniat untuk memusuhi sesiapa. Malah teguran hanyalah atas dasar perihatin dan usaha beliau untuk menjaga semua warga SKK sebaik mungkin.



Majlis ini juga memberi kesempatan kepada semua murid untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mantan guru besar yang banyak berjasa kepada SKK walaupun hanya dua tahun belia disini. Hadiah khas mengikut kelas telah diserahkan kepada beliau sebagai kenangan dari pihak sekolah dan murid.


Acara potong kek


Pada sebelah petang pula telah diadakan jamuan makan tengahari khas untuk beliau bersama-sama semua warga tenaga kerja SKK.  semua warga SKK mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga kerjaya beliau terus cemerlang dan diberkati Allah selalu. kami Warga SKK mencucapkan terima kasih kepada Hj. Din dan kami juga memohon maaf atas segala kesilapan sewaktu beliau menerajui pentadbiran di sekolah ini..

                                                                JASAMU DIKENANG..

Catatan by street2mat@gmail.com

No comments:

Post a Comment