Doa Sempena Peperiksaan.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

Dibaca sebelum mengulang kaji pelajaran

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan.

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu, Allahumma zakkirnii maa nasiit) Dibaca sebanyak 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa).

Doa memohon kejayaan cemerlang -
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan).
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada’
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


Semoga semua anak didik Sk Kelibang beroleh kejayaan cemerlang...ameen

SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA MURID TAHUN ENAM.

Ingat Allah, Allah Bersamamu.. Berusaha dan bermohonlah kepadaNYA.

Bermula esok 13, 14 dan 15 Sepember 2011, semua murid tahun enam akan menduduki peperiksaan serentak seluruh malaysia. Semoga semua murid berada dalam keadaan sihat dan sudah bersedia untuk menduduki peperiksan. Semua warga sekolah dan waris mengharapkan kejayaan semua murid tahun enam yang menduduki peperiksaan pada tahun ini, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Diharapkan semua murid berhati-hati dan dapat menjawab soalan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2011.

Kami mendoakan kejayaan anda, semoga Allah merahmati kita semua...amin...

by street2mat

Fasa Terakhir....

Alhamdulillah,pujia-pujian selamanya milik AllahSWT. Kita dah memasuki hari yang ke-20 ramadan, bermakna kita telah menempuh dua fasa dalam bulan ramadan ini iaitu fasa rahmah dan maghfirah. Insya Allah,jika dipanjangkan usia kita akan menempuh pula fasa terakhir dalam bulan ramadan ini iaitu fasa Itqun minannar.

Detik inilah yang merupakan intipati keseluruhan Ramadhan kerana pada akhirnya matlamat setiap kita sebagai hambaNya adalah untuk menyelamatkan diri dari dahsyatnya azab api neraka dan seterusnya memasuki syurga Allah melalui pintu Rayyan yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa

Sepuluh hari terakhir ramadan juga merupakan hari-hari getir buat seorang hamba yang menginginkan redho tuhannya. Golongan muqarabin meninggalkan tempat tidur mereka dan mengantikan dengan iktikaf di masjid. Demi mencari satu malam yang terlebih baik dari beribadah selama 80 tahun. Mereka berpegang teguh kepada sabda Nabi junjungan yang mafhumnya "Bersungguh-sungguhlah kamu mencari malam qadar,pada sepuluh malam terakhir ramadan". 

Alangkah kerdilnya kita ini dibandingkan dengan junjungan Nabi kita yang telah dijanjikan dengan syurga tetapi tidak pernah meninggalkan ibadah dimalam hari...manakala kita ini yang belum tentu statusnya di akhirat nanti bersenang lenang di malam-malam ramadan. Alangkah beruntungnya diri,andai dapat menjejaki sunah nabi di malam-malam terakhir ramadan seperti iktikaf di masjid dengan mengajak ahli keluarga bersama.


Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami mengatasi godaan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada dunia yang sementara ini. Allahummarzuqna lailatulqadri"....Ya Allah kurniakan kami bertemu malam qadar..Ya Allah bersempena malam yang penuh berkat ini,kau jadilah kami dikalangan orang-orang yang kau makbulkan doanya dan janganlah kau jadikan kami dikalangan orang yang rugi dan kau tolak doa mereka. amin..

sekadar menginsafi diri sendiri
....ummu solehah 
20ramadan1432H

PENGUMUMAN

KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN KELIBANG, ANDA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS BERBUKA PUASA YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 16/8/2011
HARI       :  SELASA
MASA     : 7.00 MALAM
TEMPAT : MASJID KELIBANG ,KUAH.

KEHADIRAN ANDA DAPAT MENYERIKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT DAN DI UCAPKAN RIBUAN , JUTAAN TERIMA KASIH.


PENGUMUMAN

KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN KELIBANG, ANDA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS BERBUKA PUASA YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 16/8/2011
HARI       :  SELASA
MASA     : 7.00 MALAM
TEMPAT : MASJID KELIBANG ,KUAH.

KEHADIRAN ANDA DAPAT MENYERIKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT DAN DI UCAPKAN RIBUAN , JUTAAN TERIMA KASIH.


PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU




Diingatkan kepada kengkawan segera menyiapkan SAPS untuk subjek anda dengan segera....
jammed kalo lambat2...

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum....

Sumbangan majlis berbuka puasa Masjid Kelibang,
Kepada semua Guru boleh serahkan sumbangan kepada cikgu Mus.
sekian terima kasih,


 Seri Tanjung