PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012


TARIKH  :  4 & 5 OKTOBER 2012

HARI        : KHAMIS & JUMAAT

MASA       : 2 HARI 1 MALAM

TEMPAT  : PERKARANGAN PADANG SEKOLAH

GAMBAR FILE :
















































s2m

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012 akan bermula pada 15 Oktober 2012 hingga 18 Oktober 2012.
Para waris diminta dapat memastikan anak-anak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut dan membawa peralatan tulis secukupnya bagi menjawab soalan peperiksaan.
Surat edaran telahpun diedarkan kepada semua waris murid Tahun 3 - 6 pada 10 Oktober 2012

UJIAN LITERASI /NUMERASI (LINUS)

Semua murid Tahun 1 dan  2 terlibat dengan Ujian LINUS yang akan bermula pada 14 - 18 Oktober 2012. Para waris diminta agar dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah untuk Ujian LINUS pada tarikh tersebut.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS KE KUALA LUMPUR DAN MELAKA 2012

Lawatan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 24-27 September lepas. perserta terdiri daripada 14 orang murid dan 12 orang guru.

Semua peserta bertolak dari sekolah pada jam 11.00 pagi ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. jam 2.00 petang semua peserta sampai dan berkumpul di KLIA untuk meneruskan perjalanan ke Melaka.

Melaka : Bermalam di Kg. Morten, pada malam tersebut peserta di bawa melawat Rever Cruise dengan menaiki bot khas pelancongan. pada keesokan hari lawatan dan rombongan ke Menara Tanjung sari, melawat Kota A' Farmosa, Muzium kapal dan Bazaar membeli belah.

sebelah petang rombongan meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dan telah bermalam di Wisma Belia Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur : Pada pagi rabu peserta rombongan dibawa ke KLCC dan Petrosains. Lawatan di kedua tempat ini banyak memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang keindahan senibina KLCC dan keindahannya. disini juga peserta didedahkan dengan teknologi petrolium dan sains galian. sebelah petang peserta dibawa ke Jalan Tengku Abd Rahman untuk membeli cenderamata, barangan keperluan dan sebagainya dan selepas itu peserta kembali ke tempat penginapan.

Keesokannya, peserta dibawa menaiki LRT menuju ke menara Kuala Lumpur sebelum bertolak ke KLIA dbagi menaiki pesawa balik ke Langkawi jam 6.25 petang. Jam 7.30 malam tiba di lapangan terbang Langkawi, kemudian murid di bawa ke sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.



Gambar File :















PERLAWANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 PPD LANGKAWI 2012


TARIKH  : 09 OKTOBER 2012

HARI        : SELASA (MALAM)

MASA      : 8.30am - 10.30pm

TEMPAT  : KOMPLEKS SUKAN LADA 

Sk Kelibang telah berjaya ke separuh akhir apabila berjaya membenamkan SK Sri Negeri dengan jaringan 5-4 pada peringkat suku akhir yang telah diadakan pada 7 oktober. Perlawanan yang menarik telah ditujukkan oleh kedua-dua pasukan dalam memburu slot ke separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir telah menemukan skk dengan Sk Penghulu ahmad. Skk tewas dalam perlawanan ini dengan keputusan memihak kepada Sk Penghulu Ahmad dengan jaringan 0-2. tahniah diucapkan kepada pihak sekolah, jurulatih dan pemain yang telah berusaha sedaya upaya bagi menempatkan diri dalam empat pasukan terbaik untuk tahun 2012 ini. walaupun skk tidak dapat ke perlawanan akhir, ianya cukup bermakna bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain untuk persediaan membentuk pasukan yang lebih berkemampuan pada tahun 2013 yang akan datang.


pulun skk pulun 2012.



s2m

KEM BESTARI SOLAT (KBS) PENDIDIKAN KHAS 2012



TARIKH  : 18 & 19 SEPTEMBER 2012

HARI        : ISNIN & SELASA

MASA      : 8.00am - 11.00pm

TEMPAT  : SEKITAR KAWASAN SK KELIBANG


KBS khusus untuk murid pendidikan khas telah berlangsung selama dua hari dan telah melibatkan semua murid islam pendidikan khas di sk kelibang. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan keupayaan murid pendidikan khas bagi melaksanakan ibadat solat dengan lebih baik dan sempurna.


Murid pendidikan khas diharapkan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang cara-cara mengambil wudhuk, perlakuan serta bacaan dalam solat. Disamping itu pelajar pendidikan khas dibantu oleh fesi-fesi untuk menunjuk cara dalam amali dan teori dalam wudhuk dan solat. Hasil daripada kem bestari solat ini hanya terdapat segelintir pelajar yang dapat dicapai manakala sebilangan lagi perlu diberi lebih latihtubi ketika p&p didalam kelas.Tujuan kem ini dilakukan supaya pelajar pendidikan khas dapat berdikari sendiri dalam  melakukan solat dengan tertib dan betul.


Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program KBS pendidikan khas ini.

Gambar File :