MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN 2012


14 OGOS 2012 / 25 RAMADAN 1433 : Sempena bulan ramadan al-mubarak 2012, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis tadarus al-Quran khusus untuk murid tahun enam setiap hari pada waktu rehat sepanjang ramadan. Pihak panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti tadarus ini, semoga kita semua mendapat ganjaran setimpal dengan usaha dan ikhtiar yang kita lakukan untuk mengimarahkan bulan ramadan yang berkat ini.

           Hari ini telah berlangsungnya majlis tadarus al-quran kali terakhir dalam bulan ramadan 2012 di sekolah, kemudian disusuli dengan majlis khatam al-quran yang telah dipimpin oleh guru Pendidikan Islam. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam, semoga program tadarus ini akan diteruskan lagi pada bulan ramadan yang akan datang. Selamat berpuasa dan beramal soleh pada beberapa hari berbaki dalam bulan ramadan tahun ini dan panitia Pendidikan Islam mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidulfitri dan Maaf Zahir Batin " untuk semua warga SKK yang disayangi... Semoga Allah Memberkati dan merahmati kita semua...Amin..


Gambar file.

Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran












Majlis Khatam AL-Quran 






by s2m

BENGKEL MATEMATIK TAHUN ENAM 2012

8 Ogos 2012 - PPD Langkawi telah menghantar seorang Guru Cemerlang Matematik SK Penghulu Ahmad, iaitu Pn.Lim untuk membantu murid-murid SKK dalam pembelajaran Matematik. Fokus program ini ialah untuk meningkatkan peratus pencapaian mata pelajaran Matematik UPSR 2012. Sasaran program ini ialah murid-murid Tahun 6A dan 6I seramai 40 orang.

 









SOLAT SUNAT HARI RAYA


Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT
- Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

- Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

-Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. 
-Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

-Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.


LAFAZ-LAFAZ TAKBIR


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .



SELAMAT BERAMAL SOLEH.


s2m

LAFAZ TAKBIR HARI RAYA


Lafaz takbir hari raya akan bergema dan berkumandang di masjid, surau, tv dan radio apabila tibanya malam hari raya atau malam 1 Syawal setiap tahun. Kita juga digalakkan memperbanyakkan takbir pada malam dan pagi hari raya. Marilah sama-sama kita berusaha membaca dan menghafal lafaz takbir beserta dengan maknanya sekali bagi meningkatkan lagi penghayatan kita semasa bertakbir. Lafaz takbir hari raya adalah seperti dibawah. 




s2m

PENGESAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1/ 2013

PENGUMUMAN UNTUK PARA WARIS

Pengesahan Pendaftaran Tahun 1/ 2013 bermula pada 1 Ogos 2012 hingga 30 Ogos 2012.
Masa    : 8.00 pagi - 1.00 Tgh  /   2.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Pejabat SKK
Terima kasih.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

PENGUMUMAN UNTUK PARA WARIS.

Cuti Penggal Persekolahan Penggal 2  bermula pada Khamis 16 Ogos 2012 hingga Sabtu 25 Ogos 2012.
Sekolah dibuka semula pada hari Ahad 27 Ogos 2012. 

Terima kasih.

PENGUMUMAN KEPADA IBU BAPA DAN WARIS : SEMAKAN ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)





Dimaklumkan kepada Ibubapa dan waris murid-murid SK Kelibang, maklumat dan analisis pencapaian peperiksaan anak jagaan tuan/puan dapat dilihat melalui atas talian internet. klik disini untuk kelaman web berkenaan.

Tutorial ringkas semakan pencapaian murid oleh ibubapa:-

- http://saps.moe.gov.my/access-denied.php alamat website SAPS.
- Kemudian waris perlu memilih Semakan Ibubapa di bawah Menu.
- Masukkan nombor sijil lahir atau no k/p anak dalam ruang disediakan.
- Pilih dan klik SEKOLAH RENDAH.
- Pilih tahun 2012 di ruang pilih Tahun.
- Tekan semak laporan.
- Tunggu sehingga paparan keluar di skrin anda..

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah terutamanya guru kelas anak anda.

Sekian..Terima kasih..


s2m